WordsPro

Masuk waktu generasi tanpa batas.

2011-07-12

Yang dah hilang,
Masih tak malu mengaku pahlawan kaum Melayu.

Yang dah sumbang,
Sampai bila degil mengakui perwira kaum Cina.

Yang dah tunggang,
Masih keras kepala mengaku pejuang kaum India.


Yang dah turut hilang, sumbang dan tunggang,
Sila jangan bawa ke depan adat fitnah dan kutukan.

Tak malu, degil dan keras kepala
Tanpa apa-apa adat terhadap keikhlasan umat manusia.

Segala unsur yang tidak lagi diterima generasi muda
Hancurkanlah kesemuanya- kami sudahpun siap sedia
Melahirkan generasi tanpa batas, kaum Malaysia.